Want your
own Fotopage?










 
Ali Imran's FotoPage

By: juanita jaafar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-Apr-2008 02:53 Email | Share | | Bookmark
Ali Kacau Paksu Wat Homework



Memula dia tengok paksu dia buat homework. tak kaco pon..khusyuk jek dia



tak lama lepas tu..dia nak tulis kat buku sekolah paksu dia pulak. dia pon nak sibuk jugak



lastly, dia pulak ajar paksu dia cemane nak wat homework..

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Thu 24-Apr-2008 04:59
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
mai la masuk Mon 16-Jun-2008 16:58
Posted by:amirizah amirizah78@yahoo.com  - [Link]
bagi ni fon ko kat aku amirul memba lama ada busines urjent Mon 16-Jun-2008 17:00
Posted by:amirizah amirizah78@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Mar-2008 02:44 Email | Share | | Bookmark
Ali Merajuk La Pulloks



ni la dia. tengah tak de mood. cuit sikit menjerit. sengaja amik gamba dia time nih. bila snap dia jerit. pastu lari. ni tengah tengok line clear ke tak. tak suka aku snap gambar dia.



tak nampak la pulak. buka pintu sikit la..snap!! terus menjerit.



aku suka sangat tengok dia pakai suar tinju tomoi nih. ingat nak amik gambar posing gaya tomoi. tapi tu la, tengah takde mood. suka sangat sakat dia. ni dia lari sambil jerit..tp nak tergelak. cemane tu?? suka sangat tengok gambar dia yang nih...

Care to comment?


Wednesday, 12-Mar-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
Ali Posing Sakan



masa nih ali imran ade mood nak berposing. sumer gaya2 macho+garang jek. tp peace mesti tak boleh tinggal. dia ni anak yang baik. tapi kadang2 tu kalu time dia nak mengamok, susah jugak nak pegang.



keta menan nih, aku beli RM5 jek. malas betul nak beli mainan yang mahal2. belom habis main, abis tayar kena cabut. sticker kat keta tu pon kena cabut gak. lpas tu bersepah la..umah aku. kalau dulu bersepah, aku kemas..sekarang aku tak bagi chance. kalu bersepah dia kena kemas. sekarang bila bersepah, dia tau tugas dia..kena kemas selepas main.



tu dia aihh..nak tumbuk sape tu. tapi tak best la sebab ade something kat pipi. ape tu? sebutir peluh petani la..wahahaha


Care to comment?


Wednesday, 12-Mar-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Gulai Bagar Masakan Minang | Kangkong Goreng

 
 
Gulai Bagar Masakan Minang

Bahan:
Bunga Lawang
Kayu Manis
Bawang Merah+Bawang Putih
Halia
Daun Kunyit
Daun Limau Purut
Cili Kering (Blender)
Daging Cincang
Ubi Kentang
Asam Jawa

Cara:
tumiskan bunga lawang+kayu manis+bawang merah+bawang putih+halia sampai naik bau. masukkan daun limau purut dan cili kering yg telah diblender. masukkan juga daging cincang. gaulkan hingga sebati utk beberapa ketika. masukkan air dan daun kunyit. tunggu sehingga daging empuk. kemudian, masukkan kentang dan air asam jawa. tak lupa juga garam secukup rasa. dah siap...

Kangkung goreng


Bahan:
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Api
Belacan
Ikan Bilis
Sayur Kangkong

Cara:
Tumbuk bawang merah+bawang putih+belacan+cili api+ikan bilis. kemudian, tumiskan bahan yg telah ditumbuk. masukkan air sedikit dan kangkong. garam secukup rasa.

rajinnya masak akak lak rajin makan ajee Sun 6-Apr-2008 11:36
Posted by:ida isk @ Ida Bakery merpati66@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 10-Mar-2008 04:08 Email | Share | | Bookmark

 
 

BAHAN:
kuew tiow
brokoli
lobak merah
ayam fillet
bawang merah
bawang putih
halia
lada hitam
air secawan
garam

CARA:
tumis bawang merah+bawang putih+halia+lada hitam yang telah ditumbuk padu terlebih dahulu. bila dah naik bau, jangan malu2, masukkan air secawan. masukkan kuew tiow. gaulkan. sebelum tutup api, masukkan lobak+brokoli. tu aje!!



BAHAN:
bawang merah
bawang putih
cili api sesedap rasa
belacan
ikan 2 ekor (tak tau ikan ape nih!! buta ikan)

CARA:
mula2, goreng ikan sampai garing. angkat le dalam pinggan. lpas tu, tumiskan bawang merah+bawang putih+cili api dalam 5 ke 6 biji+belacan yang telah ditumbuk terlebih dahulu sampai naik bau. agak2 masak dan cantik rupanyer, tuang jek kat atas ikan tadi.

Care to comment?


Thursday, 21-Feb-2008 03:52 Email | Share | | Bookmark

 


BAHAN:
udang
ayam fillet
kacang panjang
cili api
kicap
sos tiram
garam
bawang merah
bawang putih

CARA:
tumis bawang merah+bawang putih+cili api (titik). masukkan udang+ayam fillet (potong2kan dulu). gaulkan. pastu masukkan kacang panjang. masukkan sos tiram+kicap+garam secukup rasa dan sesedap mata yang memandang. hidang le dalam pinggan..ape lagi


sricandid wedding+kids photography, click here or here

order sepinggan...nyum2... Fri 28-Mar-2008 03:00
Posted by:Marhaniza
Add comment


Sunday, 17-Feb-2008 03:36 Email | Share | | Bookmark

 


minggu nih ali kurang sehat skit..hingus+batuk2 kahak. aritu baru jek jumpa doc. dia sedut kahak ali. sian ali...masa nih, hari ahad. aku pon takde photography job, so..lepak2 ngan ali kt KKB (umah opah). terjumpa pulak menan golf dia. ape lagi, dia pon buat aksi tiger wood. hihihi. pukulan dia ok..cuma aku la penat..kena jadi KD dia pulak..amik bola bawah katil..bawah almari.

sricandid wedding+kids photography, click here or here

Future golfer....hehhehe Fri 28-Mar-2008 02:58
Posted by:Marhaniza
Add comment


Thursday, 14-Feb-2008 03:05 Email | Share | | Bookmark

 
 


Bahan-bahannya:
bawang Merah
bawang putih
fish ball
sayur kobis
air secawan
garam

Cara-caranya:
tumiskan bawang merah dan bawang putih yang sudah dihiris sampai naik bau. masukkan fish ball.gaulkan sekejap kemudian, masukkan air. biarkan sampai mendidih. masukkan kobis dan garam secukup rasa.




tu dia. sampai 2 mangkok makan. dia suka makan sup+makaroni. aku tak la terror masak. masak cincai2 boleh la. pastu bubuh nama masakan sendiri. ali imran nih suka main dengan kereta. kereta mainan dia mesti lekat kat tangan. makan+tido sumer kereta.sampai aku nak pujuk mandikan dia pon..kena mandikan sekali kereta dia.aduih! tengokla...macam2 mainan kereta dia. sampai kartun VCD pon nak kereta jugak.

lagi satu, baru2 nih..ade siri terbaru 'impak maksima' kat TV3..wah, promote lagi. lagu tema impak maksima dah hafal. pastu tengok citer tu sampai dongak2 kepala dia. masa tu, aku tengah berdiskas ngan member aku pasal hal dunia.pastu, bleh dia sound aku. cakap..'ibu..bisingla'. terpaksa la..aku ngan member bincang kat tempat lain. anak ibu..camtu laaa


sricandid wedding and kids photography, click here or here

Care to comment?


Wednesday, 13-Feb-2008 04:34 Email | Share | | Bookmark
Ali Imran-3 thn

peace bebe
ngan acik boy-mekup artist..
ali imran dah 3 thn sekarang. Dan sekarang juga dia tinggal bersama ibu di rumah baru..dan juga ali terpaksa dihantar ke taska. Depan umah jek.. sebulan jugak le nangis..tp bila balik nak amik ali. tengok dia dah hepi dan main dengan kawan2. semalam dengar dia nyanyi lagu 'baba black sheep...' hihih...sronok tengok ank yg smakin menbesar nih.

ibu pnyer bisnes wedding photography...bleh tgk kt sini



Care to comment?


Thursday, 1-Nov-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
Umah baru ibu dan ali (umah sewa jek...)

dah lengkap...bahagian hall
ali interframe
bahagian hall..nmpak dapor (tak lengkap lg)
inila rumah sewa merangkap bakal studio aku nanti...insyaallah...tengah kompol2 duit lg nih.. seronok jugak dapat hias2 umah sendiri, kemas2 kan barang menan ali yg asik bersepah... klu penat tido jek kt sofa merah tu...

ali pon nampaknyer cam seronok jgk tinggal kt sini.. cuma kadang2 dia rindu kat opah n atuk yg hanya 30min perjalanan dr umah sewa nih. Aku nak ajar dia berdikari..so x bleh sgt le kena manja dengan opah dan atok. Mana tak nyer...klu balik KKB jek..mesti ade jek mainan yg dia dapt..tp xpela..kat situ, aku dah bleh berjimat ... hihihih..Untuk permulaan, ini jela yg mampu. Tp klu ade rezki lg.. mana la tau, beli umah sendiri plak.

Nasib ibu baik sbb ade 2 taska depan rumah. So, ibu amik keputusan utk anta ali kt taska mama anis. Ramai jgk la parent anta ank kt situ. Baby ngan toddler dipisahkan oleh 2 buat umah yg berdekatan... Petang2 jek..ibu bawak ali pegi main kt playground depan taska or pegi kedai haiwan tengok arnab, burung or hamster.. Nak bawak ali kt zoo ntah bila2 ntah...heheh


nak tgk portfolio biz wedding fotografi ibu...bleh tekan punat mouse kt sini



Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.